TNF CHAMPIONS LEAGUE #2
Alhamdulillah TNFCL edisi ke-2 telah berjaya diadakan dengan lancar walaupun ada sedikit insiden yang tidak dingini berlaku.Pihak penganjur mengucap ribuan terima kasih kepada hooligan-hooligan TNF kerana setia menyokong padu Thursday Nite Futsal.
Penyertaan amat memuaskan walaupun pada awalnya banyak tidak berpuas hati dengan sistem pembahagian team dan juga penggunaan format baru.Walaubagaimana pun setiap pasukan telah berjaya mempamerkan aksi-aksi futsal bertaraf dunia.
TNFCL2 kali ini lebih meriah dari TNFCL1 kerana terdapat penambahan kedatangan peyokong, peminat dan penjual dadih sedap (promote cyberP) , ini menunjukkan TNF mula menempah nama dan mendapat tempat di Cyberjaya.
Tahniah kepada Team Ariyonto yang diketuai oleh Syah kerana berjaya menjadi juara TNFCL kali ini,Tempat ke-2 jatuh kepada team yang tidak kurang hebatnya-Team Shahbiul serta Team Gobbi berjaya merangkul tempat ke-3.Untuk ramalan hangat di TNF hanya satu saja yang betul iaitu team Shahbiul mendapat tempat ke-2.
Top scorer edisi TNFCL kali ini dirampas oleh pemain young,talented and gifted player iaitu saudara MOJA yang berjaya
menyumbat 5 gol diikuti rapat pemain Gobbi iaitu Sunan sebanyak 4 gol nasib.
Disini pihak penganjur juga berharap segala kesilapan dan insiden yang dilakukan peserta di dalam dan di luar court (pch tingkap) diselesaikan dengan cara baik.
TNF adalah medium untuk merapatkan hubungan antara hooligan-hooligan futsal cyberjaya.
Jumpa anda di TNFCL edisi ke-3
majulah sukan untuk negara
p/s : hall of fame akan diumumkan minggu depan
Champion-Ariyonto
2nd place-Shahbiul
3rd place - Gobbi
4th place-Lee Swee Cheng
5th place - Jayaselan
referee cool
TNF Scorer
goal
dalam masa 2 jam 32 gol telah dihasilkan oleh 17 pemain.
1.Moja - 5 gol
2.Sunan -4 gol
3.Syah,Syaher-3 gol
4.Hariz,Zogun,Haziq,Azhar- 2 gol
5.Apiz,jarir,Izuan,Jarir,kareem,Ammar,Kema,chap,khairi - 1 gol
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)