officially design by thursdaynitefutsal.

Helmi macam budak sekolah

Dia penjaga gol terbaik negara, tapi hari ini dia mengecewakan: Sathia




TIGA kesilapan 'budak sekolah' penjaga gol, Helmi Eliza Elias menyaksikan Malaysia dirundung malang apabila kecundang 2-3 kepada Vietnam di Stadium Surakul, sekali gus menyempitkan laluan ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF, malam tadi.

"Ia memang kesilapan penjaga gol. Dia (Helmi) adalah penjaga gol terbaik negara ketika ini, tetapi hari ini, dia jelas mengecewakan.


"Namun secara keseluruhan, kita mempunyai peluang untuk menundukkan Vietnam, tetapi gagal melakukannya. Kini satu-satunya pilihan ialah menewaskan Thailand dan ia jelas bukan tugas yang mudah," akui jurulatih, B Sathianathan.

Memang ada beza rentak skuad negara di awalnya, dengan ancaman awal dijelmakan seawal minit pertama tetapi Indra Putra Mahayuddin gagal menyambung rembatan leret Zaquan Adha Radzak di depan gawang. Vietnam bingkas membalas dengan Nguyen Viet Thang menguis umpanan Nguyen Minh Puong yang bagaimanapun berjaya ditampan Helmi.

Selepas ancaman sering berbalas, Vietnam mengejutkan kubu negara dengan gol pendahuluan menerusi rembatan dari jarak lebih 30 meter Pham Thanh Luong, yang biarpun tampak tidak berbahaya, memerangkap Helmi yang alpa pada minit ke-16.

Nasib baik kelebihan itu tidak kekal lama apabila cubaan Safee Sali, tiga minit kemudiannya, ditampan Duong Hong Son ke palang sebelum bola lantunan bingkas dikuis Indra untuk gol penyamaan.


Ia bingkas disusuli bantahan pemain Vietnam yang mendakwa Indra sudah lebih awal dalam posisi ofsaid � tindakan yang turut menyaksikan jurulatih negara itu, Henrique Calisto, diperintah meninggalkan bangku pemain simpanan.

Namun tiada tambahan gol disaksikan sehingga penamat babak pertama yang nyata menyaksikan Vietnam lebih mendominasi penguasaan.

Zaquan kemudiannya menyaksikan rembatannya pada minit ke-58 tinggi melewati palang ketika sungkitan Safee di depan gawang pada minit ke-70 menggegar palang sebelum kembali melantun keluar.

Segala kegagalan menyempurnakan peluang itu dihukum Vietnam menerusi gerak pantas pada minit ke-71 yang disudahi rembatan deras pemain gantian, Nguyen Vu Phong, dari sebelah kiri yang sama sekali menewaskan Helmi untuk gol kemenangan pasukannya.

Harapan kembali bernyala menerusi gol penyamaan Indra pada minit ke-85 tetapi kesilapan Helmi seminit kemudian, yang terlajak keluar menyaksikan bola lantunan tinggi Vu Phong melewatinya dan biarpun cuba dikejarnya, segalanya jelas sudah terlambat.


nota : main TNF lagi best dow

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    keeper cam taik,bek xyah ade keeper cm2

Post a Comment



Newer Post Older Post Home