Alhamdullillah dengan jaya nya TNF tournament yang pertama berjaya dianjurkan dengan jayanya. Tahniah kepada team 3 kerana anda telah bergelar juara kami pada edisi pertama. Banyak aksi2 lawak dari para peserta termasuk aksi2 gay(saya tahu sekarang memang musim nyer) dan skill yang mungkin tidak dapat ditiru oleh bekas pemain terbaik dunia ronaldinho dan mahupun pemain terbaik dunia cristiano ronaldo. Skill yang sangat menarik berjaya menghidupkan tournament ini.jika dicampur nilai2 pemain diatas padang pada malam itu hampir mencecah billion ringgit.(pasnie aku nk jual korg kt siam). Ketangkasan ronaldo wannabe ‘khalid’ didepan gol dan kelibat bekas pekerja lombong dari ivory coast iaitu sunan amat memberangsangkan. Kawalan2 bola yang sangat berkesan dari bekas pemain TNB kelantan dan berpindah ke kelab bolasepak ‘tak reti main bola FC’(saya pon x penah dgr) iaitu haziq dan beberapa lagi pemain yang tidak ternama dan nama2 yang telah busuk seperti nenek, azim,adam, pejal, kema,chap dan laen2 telah menjadikan aksi perlawanan futsal TNF setaraf dengan bundesliga german kalaupun tidak sehebat liga M yang dinaungi FAM yang dinaib presidenkan oleh KJ(kera jantan). Tidak lupa aksi2 berani mati dari pemain kedah khairi yang tidak terpilih dalam skuad azrai khor musim ini dikhuatiri larian beliau akan menyebabkan permukaan padang stadium darul aman botak hanya kerana terlalu pantas sampai mampu menewaskan juara dunia 100m usain bolt dengan catatan masa 8.89.fuhhh.hebat beno mamat nie. Jaringan2 cantik dari pemain futsal bertaraf kebangsaan seperti hariz,jarir,ifwan,izuan,fatah telah menyebabkan penganjur untuk consider menawarkan hadiah kejohanan pada tournament seterusnya ditingkatkan kepada USD50,000 yang bakal mengambil alih kejohanan paling berprestij dibenua antartika dan menenggelamkan reputasi kejohanan grand slam, superbowl, mahupon liga beras cap jati kawasan ceruk kudung KEDAH. Ketangkasan panjaga gol TNF tournament seperti kokrain, moja,ammar(x salah aku dh lemas mamat nie) dan robinson(ehk mne layak mamat nie) telahpon mendapat perhatian YDP agong sultan mizan zainal dan bekas jaguh badminton dunia prakash padukon kerana kecekapan tangan mereka dikhuatiri bakal mengegarkan arena badminton apabila mereka bersara kelak dari dunia futsal. Tidak dilupakan juga top scorer kita syahir(part time pekerja yang bagi air milo percuma tatkala ada event2 seperti sukan dan rumah terbuka para2 menteri ).tuah baju milo yang dirembat bersempena ulangtahun kesedapan air milo yang ke25 berjaya membawa beliau merangkul anugerah penyerang terbaik(walaupun jaringan beliau hanyalah seperti adebayor yg menyumbat gol2 busuk apabila diassist fabregas). Kepada nama yang tidak disiarkan jangan hampa sebab nama anda telah terpilih untuk pemilihan anugerah gimnas terbaik malaysia tahun ini.saya doakan kejayaan anda semua yang terpilih. Tangan pon dah nak patah nie.kene berhenti dulu kejap lagi ramai datang nak patahkan tangan saya pulak. Semoga peserta2 terus bersemangat untuk menyerta acara berprestij ini dimasa akan dtg.akhir kata dari saya majulah sukan untuk negara. Berfutsal selagi boleh bak kata pepatah nenek saya ‘terawih terawih jugak....futsal pon kne main jugak bro’.