Minggu ini, mood aku masih lagi pasal bolasepak. Memandangkan ini minggu terakhir tranfser window untuk kelab-kelab di Liga Eropah, mood aku hanya berkenaan dengan bolasepak sahaja. Kerana aku rasa, pada minggu ini macam-macam boleh berlaku. Ingat! Wayne Rooney menandatangani kontrak untuk menyertai Manchester United pada hari terakhir transfer window. Jadi, pemikiran aku banyak berkisar tentang perihal khabar angin bolasepak dan potential transfer yang bakal berlaku minggu ini. Aku dah tak boleh fikir benda lain.
Hari ini, Andriy Shevchenko telah menjalani pemeriksaan kesihatan iaitu prosedur terakhir sebelum beliau kembali semula ke kelab lamanya, AC Milan. Kelab yang bertanggungjawab membayar gaji beliau selama 7 tahun sebelum beliau di bawa masuk ke Chelsea dengan perbelanjaan juta juta hasil duit jual minyak Roman Abramovich oleh Abramovich sendiri. Bukan The Special One ok!
Mimpi ngeri beliau di Chelsea bakal berakhir pada hari ini, setelah kedua kedua kelab yakni AC Milan dan Chelsea telah mencapai persetujuan untuk membawa Sheva kembali ke Milan. Sheva, selaku penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman AC Milan, mempunyai cerita yang berbeza di Chelsea. Beliau hanya mampu menjaringkan 9 gol dalam masa 2 tahun di England kerana ketidakkonsistenan permainan dan beliau sendiri jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea. Tambahan pula, beliau bukanlah pilihan Mourinho yang pada masa itu yang lebih selesa menggunakan bekas pekerja lombong arang batu di Ivory Coast, Didier Drogba sebagai penyerang utama.
Sheva menghadapi 2 musim yang sukar di Chelsea dan berharap kembalinya beliau ke Milan dapat membuatkan beliau melupakan segala ketidak'best'an di Chelsea. Ramai pemain bolasepak yang bagus tidak dapat menyesuaikan diri ketika berada di Chelsea.
Aku nak cerita 3 orang sahaja.
Siapa tak kenal Adrian Mutu ? Penyerang sensasi Romania ini mengaku telah mengambil kokain demi tekanan yang beliau hadapi setelah diketepikan daripada kesebelasan utama Chelsea dan akhirnya dibuang kelab. Karier beliau hampir musnah, tetapi setelah meninggalkan Chelsea, dapat sahaja kita menyaksikan kelibat beliau mengetuai Romania di Euro 2008. Paling manis, Romania hampir sahaja mengalahkan Italy pada perlawanan suku akhir.
Hernan Crespo. Aku tumbuk kalau siapa yang mengaku kaki bola kalau tidak kenal beliau ini. Crespo, penyerang Argentina yang seringkala dikatakan jelmaan Batistuta ini diibaratkan seperti tuhan di Serie A. Di Chelsea ? Longkang. Semua gara gara Abramovich yang kaya tapi bodoh. Abramovich lupa bahawa tak semua pemain dapat menyesuaikan diri di EPL yang secara ringkas lebih pantas permainannya.
Pertahanan sensasi U-21 England, Glenn Johnson pada suatu masa adalah Kapten bawah-21 England. Beliau juga dikatakan The Future England Captain oleh sesetengah orang. Marah kerana tidak diberi peluang untuk bermain, Johnson telah menumbuk dinding di bilik persalinan dan akhirnya patah tangan kanan. Sekarang beliau telah berpindah ke Portsmouth dan 1st eleven beb!
Tak pernah pulak aku dengar cerita cerita macam nie dari kelab lain. Kalau ada pun aku tak tau.
Kembali kepada cerita Shevchenko, berita kepulangan semula beliau ke Milan telah mengundang kegembiraan kepada Ronaldinho, Seedorf, Kaka' dan beberapa lagi bintang bolasepak di Milan. Semua seronok kerana merasakan Milan merupakan tempat yang paling sesuai untuk Sheva.
Perpindahan ini menjadi realiti setelah Scolari, jurulatih Chelsea, berkata ingin menyiapkan barisan terakhir Chelsea sebelum transfer window berakhir. Jadi, Shevchenko yang tiada dalam plan Scolari dibenarkan berpindah. Begitu juga beberapa pemain muda lain yang telah dijual. Malas nak list. Ramai. Pro sungguh Scolari nie. Mula rasa kagum. Tapi adalah tidak baik untuk kagum kepada pengurus yang clubnya berstatus rival dengan kelab yang anda sokong. Heh
Masalahnya sekarang, jersi keramat Shevchenko di Milan, No.7 sekarang adalah kepunyaan Alexandre Pato, bintang muda dari Brazil di Milan.
Adriano Galliani, naib presiden Milan berkata, beliau akan memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi beliau juga menyatakan, tidak adil untuk meminta dari Pato jersi No.7 ini.
Pato pula berikrar untuk sedia give-up no7 kerana merasakan bahawa Shevchenko lebih layak untuk memakainya.
Ini jawapan Shevchenko :
'That's nice of Pato to say that, but as far as I'm concerned number 76 would do fine too, or 70 or 77. 'For me it's just enough that the number's on a Milan shirt.'
Haih. Rasa nak menangis plak aku.
dari blogger larikeluar