officially design by thursdaynitefutsal.


Dok bincang apa lagi nie, balik satgi la.



Perlawanan pertama yang menemukan dua buah pasukan dari kelompok
The Big Four untuk musim ini baru berakhir sebentar tadi di mana satu dunia telah menyaksikan bagaimana Liverpool menewaskan Manchester United 2-1 di Anfield. Kemenangan manis ini adalah yang pertama untuk Liverpool setelah beberapa siri perlawanan melibatkan kedua dua buah pasukan ini.

Agak sedih, Steven Gerrard iaitu kapten Liverpool hanya mengetuai barisan simpanan dan tidak dimasukkan ke sebelasan utama dengan alasan beliau masih belum
fit sepenuhnya.

Manchester United selaku penyadang juara EPL turun tanpa bintang (atau binatang) utama mereka Cristiano Ronaldo yang masih belum pulih dari pembedahan lutut, tampak gah pada awalnya. Gol seawal minit ke-tiga dari Carlos Tevez sungguh mengejutkan keadaan sewaktu game baru hendak panas. Dapat juga kita saksikan aksi pembelian terbaru mereka Dimitar Berbatov yang kelihatan begitu bersemangat dan turut menyumbangkan usaha dalam gol pertama MU.

Namun, keghairahan mereka memburu gol akhirnya membawa padah sehingga mereka terlupa mana satu gol sendiri dan mana satu gol lawan. Wes Brown cemerlang dengan penyudah bersahaja ke gol sendiri hasil tampanan kemas penjaga gol MU, Edwin Van Der Sar yang pada aku terlampau berhati-hati (cuak la tue).

Permainan kembali seimbang beberapa minit selepas jaringan disamakan dan pasukan tuan rumah mula mengasak kubu MU. Terdapat juga beberapa cubaan bahaya yang melibatkan Dirk Kuyt dan Yossi Benayoun, namun nasib tidak berapa menyebelahi mereka. Liverpool terus mendominasikan perlawanan. MU yang agak pincang di tengah bertambah pincang apabila Michael Carrick mengalami kecederaan dan mula jalan terhencot-hencot. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan terikat 1-1.

MU menggantikan Michael Carrick dengan
winger veteren mereka, Ryan Giggs untuk menambahkan lagi option di bahagian serangan sewaktu separuh masa kedua bermula. Kemasukkan Ryan Giggs walaubagaimanapun hanya berjaya menguatkan barisan hadapan MU untuk seketika dengan Liverpool kembali menyerang.

Kalau MU ada Ryan Giggs, Liverpool pun ada Ryan jugak. Ryan Babel masuk menggantikan Albert Riera pada minit ke 70. Riera mendapat
Standing Ovation sewaktu keluar menandakan bahawa beliau bermain dengan baik pada debut beliau dengan jersi Liverpool. Kemasukkan Babel sememangnya membawa tuah kepada Liverpool apabila beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan Liverpool hasil gerakan cantik Javier Mascherano. Tiada apa yang menarik selepas itu, cuma Nemanja Vidic dilayangkan 2 kad kuning (kemudiannya merah) kerana melakukan kekasaran melampau.

Akhirnya Liverpool menang 2-1 di Anfield. Tanpa Fernando Torres.


Pemain Terbaik Perlawanan


Javier Mascherano

1. Mascherano adalah orang yang paling bertanggungjawab dan paling patut disalahkan untuk gol pertama MU. Sebagai seorang holding midfielder, sepatutnya beliau mengawal Tevez yang kelihatan sangat tidak terkawal sewaktu menjaringkan gol pertama MU.

2. Tidak putus asa dengan itu, Mascherano menunjukkan kesungguhan dengan memaparkan beberapa aksi cemerlang dengan tackle tackle bersih untuk mematahkan serangan berbahaya MU. Beliau juga membantu serangan dengan larian larian solo yang hebat.

3. Gol kemenangan Liverpool adalah hasil dari gerakan Mascherano yang membawa bola ke kotak penalti, cuba mengelirukan pertahanan MU membolehkan Dirk Kuyt mendapatkan bola seterusnya melorongkan kepada Babel.

4. Pada minit-minit terakhir perlawanan, Mascherano telah mengadu sakit tetapi, pengurus Liverpool tidak mahu mengeluarkan beliau atas sebab mahu bertahan. Akur dengan keputusan itu, Mascherano cuba juga untuk bermain dan akhirnya tidak dapat menahan kesakitan lalu rebah dan akhirnya dikeluarkan juga. Semangat tue.




p/s: Macam berat sebelah ja ulasan aku nieh.


dari blogger larikeluar

9 Comments:

  1. Anonymous said...
    aahhhh kasik can jer kan liverpool aritu.....nnt ujung season treble gak manu wakakaka
    -FlipOff- said...
    manchester city kot treble... ntah2 man U turon division 2... ekekeke
    Anonymous said...
    flip xyah keco2 lah...ingt arseal ko bley pegi jauh...mmg diorg x mng ape2 jugakla season nie yg kompem hahaha.....suro wenger tukalah jadik kelab congkak ker batu seremban ker wakakakaka bole mng kot
    Anonymous said...
    scholes jgn men volleyball plz
    Anonymous said...
    aku xmaen bleh ar wei..
    Anonymous said...
    keco....loser arsenal...loser chelsea...loser scouser....hahahahahha butuh team laen...manutd the grestest footbal team in the world
    Anonymous said...
    when our team doesn't win anything this season..
    it's because we're targeting the future/next season!!!


    -haha,komen nk cover diri,arsengal-
    Anonymous said...
    asal aku rase cm bnyk komen dr mh puteh je??
    ngahahahaa
    Anonymous said...
    scholes jer aku iaitu mh puteh..yg laen aku xtau.wenger sendri kot yg ata komen???huhu

Post a Comment



Newer Post Older Post Home