Aku masih teringat satu artikel yang pernah aku baca suatu masa dulu. Tentang kasih sayang seorang ibu. Bagaimana seorang ibu yang sanggup berlapar semata mata mahu melihat anaknya berjaya. Berlapar, tidak membelanja duit yang sepatutnya untuk makan tapi digunakan untuk membayar tambang teksi anaknya ke sekolah. Atau lebih tepat lagi ke akademi. Akademi bola sepak. Itulah sumber inspirasi anaknya yang dahulunya naik teksi untuk akademi yang sekarang mungkin sudah sangat berjaya. Kalau tak berjaya bagaimana dia mampu untuk dia membayar tambang helikopter dari rumah ke pusat latihan yang berjarak hanya lebih kurang 100km. Itu cerita Robinho.
Robinho adalah seorang pemain bola sepak profesional yang dilahirkan...... ishk macam berita. Ok, baru-baru nie satu dunia gempar apabila Robinho yang pada mulanya mengeluarkan kenyataan "Hati gua sekarang dah ada kat Chelsea la bro, so baik lu bagi gua blah. Lu tak bagi pun gua mesti blah punye" tiba tiba berpindah dari Real Madrid ke Manchester. Atau aku perlu lebih spesifik, Manchester City, dengan harga yang entahlah, pecah rekod katanya. Banyak rekod pecah tahun nie. Usain Bolt jer dah tiga. Tapi itu genre lain. Lupakan.
Manchester City bukanlah sebuah kelab yang berstatus kelab elit di Eropah tetapi sejak pengambilalihan kelab itu oleh saudagar barang-barang purba, oh tidak, saudagar minyak berketurunan Arab, MC sedang merangka bukan sahaja untuk ke kelompok elit malah pemilik barunya itu mahukan MC menjadi kelab yang paling elit dalam dunia. Bunyi cam Mat-Jenin kadang-kadang, tapi memandang dia ada duit, segalanya tidak mustahil. Kamu yang tadak duit tue jangan dok cakap banyak. Ingat rule nombor satu dalam dunia. No Money No Talk.
Kontroversi apabila pembelian Robinho ini menjadi bahan celaan ramai pihak sama ada yang pro mahupun tidak. Pele yang tua babi pun dok wat sibuk gak. Tambah isu lagi apabila pemilik baru MC kering-kering ja buat kenyataan bahawa dia akan membawa masuk beberapa muka baru pada January Transfer Window yang akan datang ini. Kalau muka baru bangang takpa, antara nama yang tersenarai ialah Kaka' (Pemain Terbaik Dunia), Ronaldo boroi (yang baru tamat kontrak dengan AC Milan), Ronaldo rempit (yang dok buat kuat bawak telefon bimbit ke trainning ground), David Villa (penyerang sensasi Sepanyol), Fernando Torres (tuhan kepada peminat Liverpool) dan beberapa nama yang aku sendiri dah malas nak tulis kat sini. Tapi kesemuanya berstatus galacticos (bintang, bukan bintang rtm ok). Ini menunjukkan pemilik baru kelab itu sangat serius untuk menjadikan Manchester City sebuah kelab yang teragung di dunia, bukan seperti kelab Slipery Sonarita's di Penang yang mana dipenuhi dengan mat rempit
dari blogger larikeluar