Pertama, aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri Kedah kerana muncul sebagai Juara Piala Malaysia edisi ke-82 dalam satu perlawanan yang final yang "biasa sahaja" semalam. 3 gol pada separuh masa pertama sudah cukup untuk Kedah menumbangkan pasukan Selangor yang rata rata pemainnya pun "biasa sahaja". Maaf, mungkin ini menyinggung perasaan kamu kamu selaku peminat bola sepak tempatan, tapi ini adalah hakikatnya. Sukan bola sepak di Malaysia "biasa sahaja".
Bukannya aku nak menghina bola sepak sendiri, cuma aku berpendapat bahawa bola sepak kita tidak harus diberi layanan istimewa. Harus ditanamkan sifat jujur dalam diri kita bahawa sesuatu yang tidak bagus itu, haruslah dinyatakan secara jelas dan telus bahawa ia tidak bagus.
Ditakdirkan bahawa perlawanan final Piala Malaysia semalam siarannya hampir sama dengan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris yang mana pasukan kegemaran aku beraksi. Demi majoriti, televisyen di pejabat aku terpaksa ditala ke siaran TV1 memandangkan hanya aku sahaja yang ingin menonton EPL. Ok, menjunjung suara majoriti, aku relakan. Sedih juga aku kerana tidak dapat menyaksikan kelibat Gerrard dan Torres secara live. Ini memaksa aku berkunjung ke mapley berdekatan dengan harapan dapat menonton EPL. Hampa, kerana 3 buah mapley yang aku kunjungi semuanya memasang perlawanan final Piala Malaysia. Aku kecewa, pulang kembali ke pejabat.
Dengan hati yang terpaksa, aku gagahi diri untuk tonton juga perlawanan itu. Iyalah kan, dengan kedudukan Malaysia yang berada di ranking no-162 dunia, apalah sangat liga di sini. Final pun, tak sehangat mana.
Aku terasa agak pelik juga memandangkan bos bos aku yang biasanya berminat tentang politik sahaja tiba tiba bising bising depan tv acap peminat bola sepak tegar. Lakonan apa nie ?
15 minit aku menonton, dapat aku simpulkan perlawanan semalam hambar. Passing yang tidak tepat, first touch yang kurang sempurna, shooting shooting membabi buta tambah dengan aksi pengadil yang sentiasa berada di tempat yang tidak betul membuatkan aku resah. 45 minit aku rasa terlalu panjang. Tambah dengan suara bising bos bos aku yang menjerit "gol" setiap 3 minit sekali walaupun bola betul betul ditengah padang membuatkan aku serba tidak kena.
Perkara yang paling menyedihkan aku ialah pengulas perlawanan itu sebenarnya. Zainal Abidin Rawop (tak pandai eja) yang dikatakan antara pengulas sukan terbaik negara, tampak sungguh kurang profesional. Ulasan-ulasan beliau lebih pro ke arah Selangor. Kalau fanatik sekalipun, bertenanglah sikit. Kamu tue dibayar untuk mengulas perlawanan. Bukan untuk ulas Selangor ja. Lainlah kalau memang ada orang bayar untuk pro Selangor. Siapa tahu kan ? Seorang lagi pengulas pulak, macam baru first time mengulas. Cakap terabur. Benda benda bodoh pun nak cakap. Semak kepala otak aku. Ape kejadah final macam nie ? Kalau Hasbullah Awang tue memang la dah tak boleh pakai. Ranjau ja memanjang. Ada sekali Kedah lawan Selangor, minit ke-85 Kedah leading 3-0, tenang ja Hasbullah Awang kata "Bola itu bulat, belum dapat diramalkan siapa yang akan menang,"
WTF ?
Sebenarnya aku mempunyai alasan tersendiri kenapa aku tidak "support" bola sepak tempatan. Ini kerana aku berpendapat bahawa bola sepak di sini dipolitikkan. Bayangkan orang orang besar Persatuan Bola Sepak sendiri pun terdiri daripada orang orang politik. Aku fahamlah orang politik nie sebenarnya lebih kepada penyumbang dana kepada persatuan, tetapi takkanlah semua kata mereka harus diikut. Presiden jangan ceritalah, apa kamu nak dituduh derhaka ?
Aku tak nak cerita tentang zaman zaman dulu bola sepak negara yang dikatakan hebat tue. Alah dulu. Dulu, nenek aku pun dara!
dari blogger larikeluar

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)