macam haramlah shebby ni....
gua taw shebby nie mmg suka memberi pandangan mengenai bolasepak. tgk saja kt espn tuh, sme program bola muka dia. habis mat saleh dlm program tuh dia bantai. jujurnya kadang2 bole pakai gak idea atau pandangan shebby nie. tp ini dah lebih. dia buat gempak turunkan line-up dia sendri utk skuad malaysia. gua taw jauh disudut hati, beliau mungkin mengharap dpt jadik jurulatih skuad harimau malaya walaupon xde lesen. tp itu gua x kesah.cuma nie jer gua nk ckp kt shebby....WTF,lu punya line-up tuh sama jer dgn skuad yg kne belasah 5-0 aritu.WALAUPUN sekadar sesuatu yang boleh dianggap sebagai khayalan semata-mata, bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh sebenarnya sudah mula mengatur sekelompok pemain yang beliau rasakan mampu menggalas tugas serta mengembalikan imej bola sepak negara.
Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby yang kini bertindak selaku pengkritik sukan itu memang terkenal dengan kenyataan 'keras' dan selepas dicabar, beliau tampil dengan kesebelasan utama yang mahu digelar sebagai 'Dream Team Malaysia'.
Pemilihan kesebelasan utama yang dibuat bekas pertahanan skuad Kuala Lumpur itu adalah berdasarkan pemerhatiannya yang cukup teliti dan beliau yakin pemain yang dipilih itu mampu untuk mengembalikan semula imej bola sepak negara yang semakin teruk tercalar.
Beberapa kriteria penting selain adunan pemain senior dan junior menjadi teras pemilihan yang dilakukan dan kelompok pemain itulah yang akan diketengahkan Shebby seandainya beliau diberi peluang untuk memikul tugas selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan.
“Sekiranya diberi peluang, inilah barisan pemain yang saya yakin mampu menggalas tugas di peringkat antarabangsa. Saya akan terapkan formasi 4-2-3-1. Saya berpendapat pasukan ini akan beraksi lebih baik jika menggunakan penyerang tunggal berbanding formasi yang diterapkan ke atas skuad kebangsaan ketika ini.
“Jika inilah pasukan pilihan saya, saya berharap dapat bekerjasama dengan Wan Jamak Wan Hassan, Bojan Hodak, Razip Ismail, Ahmad Yusof serta Rashid Hassan dan mereka akan membantu saya dalam usaha membangunkan semula imej bola sepak negara,” katanya.
Sebahagian besar pemain yang disenaraikan Shebby adalah pemain sedia ada di dalam skuad kebangsaan yang dibimbing ketua jurulatih B Sathianathan ketika ini.
Begitupun, ketika masa depan Sathianathan semakin samar berikutan kekalahan memalukan Malaysia di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), terdengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa antara individu yang layak menggantikan tempat beliau ialah Shebby sendiri.
Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak keberatan, Shebby tidak mustahil diberikan tanggungjawab itu tetapi beliau perlulah mengikut saluran serta mematuhi syarat utama yang ditetapkan iaitu memiliki lesen kejurulatihan kelas A.
Seperti yang diketahui umum, lesen itu masih belum dimiliki Shebby dan seandainya beliau benar-benar ikhlas ingin membantu membangunkan semula imej bola sepak negara, beliau sudah boleh memohon untuk mendapatkannya daripada FAM selaku badan induk kebangsaan.
sape yg up shah tu..
woi shah..men taktik kotor..
up diri sniri..
ko pun cm sheeby gak ar..
waakakakaa
jgn mare.....
aku haziq sbnar...