officially design by thursdaynitefutsal.

Merah Kuning juara Sumbangsih





Mimpi ngerinya bermula seawal minit ketiga apabila rembatan leret Amri Yahyah, daripada sepakan percuma di luar kawasan penalti, lolos di celah benteng untuk menerjah jaring tanpa sempat dijangkaunya buat gol pertama Selangor.

Namun sorakan lebih 30,000 peminat mendorong Kedah cuba bangkit, terbukti menerusi cubaan Badrol Bakhtiar pada minit ketujuh yang sedikit melewati palang.

Sayangnya, Helmi jelas ‘sedia’ untuk terus menghampakan segala usaha itu apabila rembatan tidak berbahaya dari jarak lebih 20 meter oleh pemain muda Selangor, Zameer Zainun pada minit ke-32, ditumbuknya masuk ke gawang sendiri.....

Igauannya lengkap tiga minit kemudian apabila bola sepakan percuma R Surendran cantik disambung Amri dengan tandukan ke sasaran untuk gol ketiga Selangor. Akibatnya, Helmi bingkas dikeluarkan jurulatih, Azraai Khor Abdullah, untuk Mohd Al-Hafiz Hamzah masuk sebagai pengganti.

Kedah cuba bangkit dengan aturan gerak mengancam pada awal babak kedua, namun Hamsani Ahmad di gawang Selangor dan barisan benteng di hadapannya kukuh menyerap segala serangan diciptakan lawan.

Malang tuan rumah kemudiannya berterusan apabila Mohd Farizal Rozali dibuang padang, pada minit ke-54, ekoran tindakannya meluru dan mengasari Hamsani ketika penjaga gol itu masih terbaring selepas menangkap bola rembatan Khairulnizam Mustafa.

Empat minit kemudiannya, Safee Sali memastikan luka Kedah kian berdarah apabila meledakkan rembatan dari jarak 25 meter yang melepasi jangkauan Al-Hafiz sebelum terkena tiang kiri gol dan melantun masuk buat gol keempat Selangor.

Kedah terus cuba bersaing dalam baki tempoh aksi dan berhasil menembusi gawang lawan menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri, seminit sebelum tamat, tetapi Selangor jelas berhak untuk diselubungi gembira kemenangan besar itu.


terjah tnf : tiada pemain import boleh ke kedah survive mcm season lepas?



20 Comments:

  1. Anonymous said...
    idop selangor... aku mmg dah lame sokong selangor ni... wakakaka
    Anonymous said...
    tahniah tahniah...
    Anonymous said...
    xde marlon alex james mmg xde sape r nk score utk kedah....
    harap pemain import jer...
    blahlah....
    harap pemain tempatan tuhlah jawabnyer...
    kne ayam ngan selangor...

    apa komen khairi selaku kipas-susah-mati kedah????nk gak taw???kot2 dh xnk sokong kedah hahahaha
    Anonymous said...
    opocot ter score... sori kawan2
    Anonymous said...
    x bolehla nak judge kedah awal2 season ni.. sebab dulu pas selangor buang semua pemain importnye sayur juga.. jgn luper yer .. sekarang jer baru naik.. kalau nak judge kehebatan kedah judge bile hbs season.. baru adil


    - rita rudaini the best -
    Anonymous said...
    tp gola ke4 tu mmg nice giler la~~~
    Anonymous said...
    bangge aku dok kat sgot ni..wakaka [da mng bolela...]
    Anonymous said...
    betul kita tak boleh judge pada awal season..mari kita tengok tanpa awang import sejauh pasukan dalam Malaysia boleh bersaing..zaman mokhtar dahri rilek jer xde pemain import kalah kan arsenal 2-0...ayuh kembalikan maruah bola sepak negara!
    Anonymous said...
    Salam.

    ni Khairi. Pertama sekali tahniah kpd pasukan selangor krn menang piala tu. Aku ambil kata2 coach Azrai. Selangor grab all the opportunity they have tonight and they deserved to win.

    kepada hariz. InsyaAllah pendirian aku tak berubah dan insyaAllah Aku akan tetap sokong pasukan Kedah sehingga akhir hayat aku.

    komen sebagai kipas susah mati, liga baru je bermula. baru habis satu match. ade lagi 25 match.

    Time Man U menang epl season lepas, die menang ke community shield? same-same fikirkan.

    berkenaan xde marlon, spe nak score? kena ingat, kami main 10 orang utk 43 minit terakhir. sorang striker kami dibuang padang. tapi itu mmg salah kami. aku akui. cumenye sejak marlon ade kat kedah dia x pernah pun score waktu piala sumbangsih tapi last sekali dia jadi top scorer. camne tu? cube2 fikirkan

    dari tahun 2005 kami memang x de rezeki untuk piala sumbangsih ni a.k.a piala sultan ahmad shah mungkin sebab hampir 80% selalu menyumpah seranah nama tu. 2005/06 kalah dengan brunei 4-2, 2006/07 kalah dengan sarawak 2-0, 2007/08 kalah dengan perlis sepakan penalti 5-4, dan terbaru kalah dengan Selangor 4-1. Ade hikmah disebalik setiap kejadian.

    Allah Maha Kaya. Allah x beri kami piala tu, tapi Alhamdulillah Allah beri kami 2 tahun berturut2 jadi juara trebel. Camne tu? same2 kite fikirkan.

    harap pemain import jerr..-> betul memang dua season lepas import banyak membantu kami. tapi Kedah je ke yang gune pemain import season lepas? memang semua perlawanan import kami je ke yang score? x de langsung ke pemain tempatan kami yang score? camne tu? bukanke fadly baharom jadi top scorer untuk local player dan die tak diturunkan semalam? camne tu? same-same kite fikirkan eh.

    Aku hormati pendapat korang semua, tak kisahla samada nak menyindir, mengutuk, perli atau seangkatan dengannya. Aku dah pernah kena lebih teruk zaman sekolah dulu. Jadi dah biasa.

    Aku malas nak gaduh dah sekarang ni sesama Islam. sebabnye aku sedih dengan nasib saudara2 seIslam aku di palestin. Disebabkan Islam tak bersatu begitu mudah untuk yahudi menindas sedangkan ade 1.3 billion umat Islam berbanding hanya 30 juta yahudi di dunia ni. Dan lebih menyedihkan aku tak mampu nak buat apa2 untuk tolong saudara2 aku kat sane.

    okla tu kot. rasenye dah menjawab kot persoalan ko hariz. Yang baik tu datangnye dari Allah dan yang buruk tu atas kelemahan diri aku sendiri. Wallahua'lam.
    Anonymous said...
    kita tgk jela kkhairi
    jauh mne kedah ley pegi season ni..huhuhuhuhuh
    tp sebnarnyer xdehallah dulu tuh gne pemain import...
    mmg standat r kan tol tak kelab gne import...
    mesia jer yg bangang sebab x kasik masuk import dah....
    jadiklah jaguh kmpg dak2 nie....

    apepon....majulah sukan utk negara...
    Anonymous said...
    amek kao skali dia post xnk mcm karangan lak. aku mmg x sempat la nk baca smer. tp hamik la kao harez
    Anonymous said...
    Hidup khairi

    alaa bola itu bulat ape-ape leh jadi.selangor menang ke kelantan menang ke bola sepak malaysia camtu gak.. xde perubahan.. gol selangor pon bnyak sebab 'rezeki'. contohnye gol kedua. kalao main PES2009 tu mmg xkan masuk la. tapi dah rezeki. xpela kita tunggu next match. tgk sape lagi hebat.
    Shaik Dawood Hussain said...
    Weh la ni korang dok gaduh2 pasal bola ni apehal?dah lepas,lepas la.Malam tu kedah saje jer main2,tak serius.Alah maklumlah Selangor tu pun negeri Sepakatan Rakyat.Ape salahnya kalo kedah guna konsep"cubit paha kanan,paha kiri terasa">Kalo cubit kepala ****(ikut korang la nak letak ape) sengal la rasanyer!!!Hahahahahah.
    Kesimpulannya Pakatan Rakyat akan menang di Kuala Terengganau.
    Ariz jangan marah ye!!
    Anonymous said...
    malam tu tgk daud happy jer.. kedah kalah 4-1 happy jer.. siap gelak2 lagi..

    nnti kalau pakatan rakyat kalah kat KT, Jom ramai2 spam kat blog die lak..wakakkakakaka
    Shaik Dawood Hussain said...
    weh sapa ade meggi tomyam kat sini?Aku lapar doh
    Anonymous said...
    haih dawood, bola2 jgn dipolitikkan..

    btol ckap khairi tu, penat die buat karangan panjang. Same2 kite pikirkan yer. AMEK KO AREEZ.. WAKAKAKAKA...
    Anonymous said...
    saye tgk itu daud, kedah kalah die makin happy beli nasik kat kedai saye. Kalo itu macam biar kedai kalah lagi baru kedai saye byk untung.
    Anonymous said...
    oi daud nie blog bola...bkn politik...

    p/s hidup barisan :P
    Anonymous said...
    adoi psl bola pon nk gado2..
    >.<
    Anonymous said...
    siot aku trlps lagi pergaduhan gaduh blk woiiiiiii

Post a Comment



Newer Post Older Post Home